Monday, 29 May 2017

GIGI DAH CANTIK

hai

selamat berpuasa semua. baru 4 hari puasa tapi aku dah sibuk usha2 baju raya. heee

minggu lepas aku pergi buat veneer gigi.. tahu tak veneer tu apa? meh aku terangkan. veneer ni adalah satu proses pemasangan lapisan nipis porselin/ composite pada permukaan depan gigi bertujuan untuk buatkan gigi kita lebih cantik. veneer ni biasanya dipakai oleh orang yang ada masalah gigi macam gigi berubah warna, gigi tak sekata atau gigi jarang.



masalah2 gigi yang boleh ditutup dengan veneer




lapisan veneer yang ditampal pada permukaan depan gigi





 macam masalah gigi aku.. gigi aku jarang kat bahagian depan ataupun bahasa sains kata midline diastema.


macam ni la gigi aku.. depan tu jarang sebab ada lebihan gusi. sangat malu untuk senyum nampak gigi.. kau nak bercakap dengan orang pun malu tau






jadinya aku nak cadangkan kepada sesiapa yang ada masalah macam aku, boleh dapatkan rawatan di Klinik Pergigian Nur'Ain di Ayer Keroh Melaka.[ klik sini]

aku jumpa klinik ni pun dekat ig.. so far selepas pakai veneer ni aku jadi lebih yakin untuk senyum bercakap depan orang. dah tak malu2 dah.. rasa happy gila woi. asyik sengih jer. tapi faham2 jela..nak cantik ni banyak risiko.. lepas korang pakai veneer ni sama jugak macam pakai bracess. tak boleh makan yang keras2. tak boleh minum kopi ke nescafe ke sebab nanti veneer tu cepat berubah warna.. kena rajin floss celah2 tu la..  hari first aku buat veneer tu aku macam sedih gila sebab nak makan pun takut2 benda tu tertanggal ke patah ke kan. tapi lama2 dah ok jer..


mula2 aku pergi klinik dekat muar je, tapi doktor tu suruh pakai bracess.. aku ni fikir makan je. kalau pakai braces lagi la seksa.. aku tengok kawan aku nak makan pun susah. so aku kata la xnak.. pastu aku google2 la rawatan apa yang boleh untuk tutup ruang kat gigi aku tu. then yeahhhh aku terbaca satu blog ni pasal veneer. itulah kisahnya. sekarang dah boleh senyum nampak gigi.. yeahhh!!!!




mak komplen cermin mata besar sangat


ngeeeeehhhhhhh

Wednesday, 26 April 2017

NOSTALGIA SANGAT

Hai

Ahkak kembali.. Ngeeee.. Lama tak update blog, maaflah sebab sibuk sikit.. Ada ke yang tunggu entri dari ahkak? rasanya macam takde. 5 bulan dah aku habis diploma dah mereput dah duduk kat rumah. buat masa ni aku kerja part time.. kumpul duit nak pergi travel konunnnn.. semput2 nak kumpul duitnya. entah jadi ke tidak nak pergi.. tapi serius weh aku gian gila nak travel.. dok la ulang2 tengok gambar2 lama masa pergi sabah hari tu.. sampaikan aku wasap farahin ajak pergi day trip mana2. ahkak tak tahannn

ok la hari ni kita nak throwback la kisah2 kenangan2 dulu time budak2.. aku membesar dengan sepupu2 lelaki ok.. faham2 jela kalau berkawan dengan lelaki mcm mana lasaknya.. sumpah aku degil dulu.. aku bukan sejenis budak perempuan yang duduk dalam bilik, main anak patung memang tak la eh. balik je sekolah agama, berdesup hilang. main ni haaa, main bola tak pun main rounders.. femes weh permainan rounders tu.. leka sampai magribh pastu balik mak dah kunci pintu eh.. menangis ler kat depan pintu rumah

aku masih ingat lagi masa aku darjah 4, time bulan puasa ada 1 kebun pakcik ni tau pokok rambutan dia berbuah.. merah2 giler weh..  geram jer.. lepastu yang jahat nya.. aku dengan sepupu aku 3 orang lelaki aku jer perempuan pergi curi rambutan kat kebun pakcik tu. kemain masa tu kuruih, larat lagi panjat pokok.. sekarang ni kalau suruh panjat mahu patah dahan pokok tu. lepas dah curi tu, kitaorang cari port nak makan ler.. ponteng puasa. kitaorang makan senyap2 dalam gerabak motor orang bawak sawit. pastu balik rumah atok, acah2 puasa eh..orang berbuka kami pun makan.. padahal da kenyang makan rambutan dengan air paip.


pastu ada 1 kisah aku kena kejar lembu.. sampai sekarang diaorang asyik gelak kan aku. kalau kitaorang berkumpul mesti sepupu aku bukak kisah ni balik eh.. kena bahan jela. kat kampung aku ni, ada 1 ladang orang buat bela lembu dengan kambing tau.. kalau raya korban tu memang sembelih lembu kat sana la kan.. nak dijadikan cerita, aku dengan sepupu aku naik basikal nak pergi kandang lembu tu, tah macam mana tak perasan ada sekor lembu ni tali di terbuka dah.. ada lagi kena kejar la.. sepupu aku sempat la naik lori tauke kandang tu, aku nak naik x lepas2.. sampai aku nangis eh.. tolong!!! tolong!! sepupu aku gelakkan jer.. bukan setakat sepupu aku, dengan tauke pekerja2 kandang tu gelakkan je.. sengal bukan nak tolong kan. sampai sudah aku trauma nak pergi kandang tu. mungkin sebab tu jugak aku tak makan lembu.. tak ada kena mengena.

dulu aku ni ratu mandi parit.. dulu parit air jernih seronok berkubang. main terjun dari titi.. fuhhh nostalgia gila. biasanya kitaorang akan berkubang dekat kampung seberang, sbb kalau berkubang kat kampung sendiri nanti atok marah.. so kami curi2 la jalan kaki lalu hutan yang ada babi pulak tu.. tah macam mana boleh berani sangat. dah puas berkubang lapar, kalau balik basah2 nanti kena marah..so lepak2 dulu dalam hutan tak pun biasanya lepas berkubang kitaorang pasang jaring nak tangkap burung.. pastu baru balik rumah atok. haa petang tu sambung main rounders pulak.

kalau hujan lagi seronokkk.. berlumba2 nak mandi hujan.. bila air parit penuh kami buat rakit guna batang pisang.. memang aku budak parit kecemana? zaman aku kecik aku nakal la.. aku pernah curi pasu dekat rumah orang, aku pernah kotorkan lantai anjung rumah orang dengan minyak tanah..lepastu siap main melunjur tu tak rasa bersalah langsung.. tuan rumah balik berterabur kami lari.

rindu zaman kanak2.. no stress fikir nak seronok je dengan kawan2. budak2 sekarang mungkin dah tak rasa kot macam kita dulu.. zaman sekarang zaman main game jer dalam handphone.nampak benar perbezaan tu. ok dah mata iols nak mengantuk.bila umur meningkat ni cepat jer mengantuk nak tidur.


lovee!

Friday, 17 February 2017

PUTUS CINTA | REDHA | MOVE ON

Hey, I'm back.

so macam mana februari korang? sekejap betul rasanya dah nak habis bulan februari dah pun. dah lama tak menulis ni kita bincangkan topik yang hangat sikit la ea.. im sorry kalau penulisan aku, apa yang aku bebelkan ni dah tak menarik ke apa ke, tak tahu lagi masih ada tak skill menulis aku nie. takpe yang penting kita menulis dari hati.. gitew. topik ni bagi aku macam dah cliche ramai sangat orang yang dok cakap2 pasal putus cinta, heartbroken semua kan.. semua orang ada pengalaman sendiri kot pasal putus cinta semua orang pernah rasa la..zaman bercinta macam monyet dulu la kan. yeahh i pon pernah je rasa sedih2 kononya.. rasa masa tu gelaplah donia.. dia lah segalanya..padahal....next month i dah couple dengan orang lain.. ok gurau.

 putus cinta ni memang perit weh.. rasa down la kan.. memang tak semangat langsung nak buat apa pun.. rasa nak teriak ja.. kalau nak kaitkan dengan pengalaman aku, masa arwah meninggal dulu ( tu boleh dikategorikan putus cinta ke?) aku down habis.. totally broken tu. nasib aku tak jadi gila jer..benda tu unexpected kan..dia pun tak sakit tak apa..pergi mengejut macam tu.. aku ambil masa yang agak lama untuk aku stop menangis..boleh dikatakan hampir setiap aku menangis..pandang kanan ingat dia pusing kiri terbayang muka dia.. sampaikan aku pernah terfikir aku tak boleh study dah, aku nak berhenti kolej. but ada 1 hari tu aku macam fikir, sampai bila nak hidup macam ni.. yang pergi tetap akan pergi. we need to move on.

apa yang aku buat adalah aku redha segalanya. aku yakin Allah dah rancang apa yang terbaik untuk aku.. aku belajar melepaskan..so slow2 aku dapat terima kenyataan.. redha tu bukan papppp cakap "aku redha" senang macam tu je.. susah. tapi belajarlah redha dengan perancangan Allah.. tak ada yang lagi sempurna melainkan perancanganNya. dalam proses aku nak belajar melepaskan tu aku avoid banyak benda yang boleh ingatkan aku pasal dia. normally, bila aku drive aku suka dengan lagu..tapi aku avoid benda tu. aku buang baju first date aku dengan dia and baju last aku pakai waktu jumpa dia.. aku simpan semua barang yang dia bagi aku.. macam banyak je eh.. 2 je, novel dan teddy bear. aku letak dalam stor.. aku tak nak ada benda yang halang aku dari nak belajar nak lepaskan dia. nampak macam kejam kan.. tapi itu hakikat yang aku kena buat. semua ni bergantung dekat diri u, kalau u all nak lupakan ex u, do something. jangan hanya duduk kenangkan apa yang dah jadi. nasib baik jugaklah aku dengan arwah memang tak ada gambar selfie sama2.. so tak berat sangatlah dugaan pancaroba onak dan duri nak padam semua gambar ke apa.. guess what, gambar arwah pun aku tak simpan sebab aku memang tak suka simpan gambar.. bila memory phone dah penuh aku pun padam jela gambar yang lelama.. aku tak suka simpan benda2 kenangan macam tu. sejak dari tu jugak, aku dah memang tak sentuh langsung novel2 cinta ni..sampai la sekarang.. aku jadi tak best dah nak berangan benda2 sweet nie. makbul dah agaknya doa bapak aku tak nak aku membazir beli novel.
lepas dua tahun baru aku keluarkan balik teddy bear yang dia bagi..sebab masa tu aku rasa aku dah tak sedih.. bapak lama teddy bear tu bertapa dalam stor.


second thing yang aku buat, aku cari komitmen baru.. bukan komitmen dengan orang lain tau.. komitmen ni macam contohnya cari hobi baru. buat something supaya kita ada masa untuk benda lain.. kuranglah sikit masa nak bersedih nak ingat benda2 lain. maka, wujudlah blog ni.. blog ni aku buat sebab aku nak buang masa aku la..hahahah.. actually aku minat blogging pun. so ada hikmahnya. so korang pun sebenarnya boleh. setiap kali aku nak mengeluh kenapa aku diuji macam ni, kau akan ingat kesusahan orang lain.. isteri yang kematian suami, anak2 yatim yang kematian mak ayah diaorang. and 1 kisah dalam video klip wani lagu alhamdulilah tu.. keluarga dia kena tsunami..anaknya tinggal seorang je.. betapa dia redha dan bersyukur dengan ujian yang Allah beri. so ujian aku ni kecil jer berbanding ujian2 yang Allah beri pada orang lain.. kenapa aku tak boleh bersyukur kan? belajarlah redha dan bersyukur.. InshaAllah, Dia akan gantikan dengan kegembiraan yang kita tak sangka.


move on. ni lagi la payah nak buat..hahhahah..berhentilah stalk2 crush korang tu, stalk ex korang.. move on, diaorang dah pilih jalan hidup diaorang, so kau pun kena pilih jalan hidup kau sendiri. kau stalk2 tengok dia tengah happy je, mula lah dalam hati berkata kata, "dia happy tak ada aku" "kenapa dia tak sedih eh" "dia memang tak sayang aku" mulalah meroyan. hello ko ingat apa? hidup ni macam kisah dongeng?  jangan halang diri korang nak bahagia. korang pun layak apa nak bahagia, kebahagian ni bukan terletak pada manusia tapi pada hati kau sendiri.. bila kau letakkan sesuatu perasaan sayang dan sepenuh hati kat sesuatu tu, itulah kebahagian korang sebenarnya. kalau dulunya sayang dan cinta korang sepenuhnya pada soulmate till jannah yang tak jadi tu, ubahlah sayang korang pada Allah, pada family pada komitmen baru pada kerja pada hobi baru. ye aku pun macam korang..kadang2 tu aku tengok balik facebook dia semua sampai 1 hari aku sendiri dah fed up dan rasa sia2. setiap orang berbeza beza ujian dia.. tapi yang penting Allah takkan beri ujian yang kita tak mampu nak tanggung.. setiap langkah yang kita ambil, ambil masa.. jangan terlalu push diri yang kau memang dah lupakan dia tapi sebenarnya tak.. kau sembang sana sini yang kau dah lupakan dia, tapi malam2 kau menangis lagi.. ambil masa berapa lama pun yang korang nak..macam aku, dua tahun aku ambil masa nak betul2 tak sedih..bila aku bercerita pasal arwah pada orang lain aku takkan menangis dah. 2 YEARS. and yaaa, bila aku keluarkan teddy bear tu dari stor memang aku dah tak menangis. masa tu aku tahu aku betul2 dah redha dan move on. jangan risau kalau korang ambil masa yang lama, tapi risaulah bila kau tak completely move on.

guys yang baru putus cinta tu, ni bukan pengakhiranya tapi adalah permulaan untuk sesuatu yang lebih baik. belajarlah redha dan please move on. banyak lagi tujuan kita untuk hidup di dunia ni.. macam2 lagi kita boleh buat. so kepada member2 aku yang acah2 tawar hati dah nak bercinta lagi.. jangan sampai aku tau ko kawin jugak.. 7 keturunan aku bahan kau.

lovee!!! 




Wednesday, 11 January 2017

DAPUR BUJANG: BUTTERMILK CHICKEN

Hai semua..
2 3 hari ni aku usha je post member aku masak buttermilk chicken..  Fuyooo mcm sedap je kan.. Nak jugak acah2 mat salleh, ni hari2 makan belacan.. Burrrr

Kali ni aku masak aku tak ikut resepi eh..ni ikut firasat hati main campak2 je dalam kuali sebab aku guna je barang apa yg tinggal kat dapur tu, malas nak keluar beli.. Jangan risau la,  kalau air tangan sedap, masak campak2 cenggitu pon sedap ok!! Matilanak bangga diri pulak.

Move on pada buttermilk versi aku yang tak ikut resepi ni..

BAHAN - BAHAN

Isi/dada ayam - ikut berapa portion korang nak

3 sudu besar butter

3 biji bawang - boleh guna bawang holland

3 @ 4 ulas bawang putih

Cili padi - ikut kepedasan yg korang suka

Susu cair atau boleh gantikan dengan fresh milk

1 cawan tepung-

perasa (garam, lada hitam, lada sulah) * option


CARA-CARA 

1. ambil sedikit tepung dan cairkan kemudian rendam sekejap isi ayam dalam tepung tersebut untuk hilangkan hanyir *option la ni,,tak nak buat pun tak apa

2. goreng ayam yang dah disalut dengan tepung dalam 5-10 minit.. jangan garing sangat ok. lepastu asingkan ketepi. kita nak buat kuah dia pulak.

3. cairkan mentega dalam kuali, guna api kecil je yer.. kalau tak nanti mentega mudah hangit. lepastu masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. tumis sehingga naik bau

4. masukkan susu cair / fresh milk.. ikut la korang kalau nak kuah dia banyak letak la banyak. jangan lupa bubuh perasa.

5. agak2 dah mendidih, masukkan isi ayam yang dah digoreng tadi..gaul2 sekejap then siap untuk dihidang. senang je kan? resepi orang malas memang macam ni..kekekeke..




TAAAAAARRRRRAAAAAAA



walaupun rasanya macam tak jadi je chicken buttermilk aku ni, iols tetap nak share jugak.  chicken makanan ni tak masuk la dengan tekak aku, muak kot resepi ni.. takpelah i rela pergi tumbuk belacan kejap makan dengan ikan masin. sesiapa nak cuba tu ok je, nak rasa kan.. kemain kuning kuah buttermilk aku, sebab aku letak kunyit kot masa tu.. hahahahha.. ada orang letak daun kari, untuk naikkan bau ke apa tah, tapi aku letak serbuk kari.. aku dah kata aku tak ikut resepi, campak2 je apa yang ada depan mata masa tu..kesudahannyaa tak jadi.. para2 gadis dan ahkak yang ayu sekalian, boleh  la try yer kat rumah tapi jangan ikut resepi merepek aku, pi google resepi orang lain. somoga berjaya!


Image result for nona self raising flour
Alkisahnya tepung gandum kat rumah dah habis, maklum jela kan iols malas nak keluar, selongkar2 kabinet dapur jumpa ni haaa, tepung aku buat kek..  aku pi goreng ayam tu guna tepung kek nie.. asal boleh ahkak2 sekalian


Dah separuh jalan memasak tu baru sedar,  susu cair tak ada weh!!!  Tetiba benda alah ni menyelamatkan keadaan.. Asal boleh yer

lovee!!



Tuesday, 27 December 2016

THROWBACK TAHUN 2016

Hai semua,

tinggal lagi beberapa hari je dah nak masuk tahun 2017, macam mana dengan azam korang? dah tercapai ke belum? Alhamdulillah azam aku untuk tahun 2016 dah tercapai.. untuk tahun 2016 aku cuma nak habiskan buat thesis, praktikal and habiskan diploma aku.. tu la aku rasa azam paling mencabar gila.. penuh tragis dan tangisan.

so meh la aku throwback sikit.... apa yang jadi dalam life aku 2016 ni.. start dari bulan 2 sampai la awal bulan 6 kalau tak silap aku, aku tengah struggle buat thesis fyp.. fuhhhhhh, trauma aku nak cerita ni weh.. 4 bulan ni aku rasa macam stress gila dengan tak cukup tidur, paperwork berkali kena reject, assignment lagi test final.. dalam masa 4 bulan kena siapkan 1 thesis, buat sensorang pulak tu..level diploma tapi supervisor aku expect kerja aku macam budak degree..OMG!! apa yang buat benda ni nampak macam susah sebab aku tak ada pengalaman lagi nak buat macam mana, walaupun selalu rujuk dekat supervisor tapi entah la nak, aku ni species lembab kot. 

aku dengan kawan2 aku bukan jenis yang study gila2, kitaorang ni faham2 jela.. dari sem 1 sampai sem 4 tu boleh kira berapa kali muka aku masuk library.. tapi sejak buat fyp sem 5 ni, aku rasa nak bawak tilam bantal tuala baju semua pindah ke library.. kalau buat kerja kat rumah ni asyik nak mengelat je.. baru nak bukak laptop member masak meggi lak, dah join sekali makan.. dah makan tu menyembang pulak lama gila.. last2 dah kenyang mengantuk pulak..sudah nya aku dengan laptop sekali dalam mode 'sleep'. 

lagi2 nak hujung sem, minggu terakhir tu lagi mencabar keimanan,, semput nak habiskan sisa2 terakhir final week tu. dah tak kisah nak baju gosok ke tak, tudung seminggu pakai yang sama je.. eyebag sekilo, muka sembab , ahhh lantak! otak asyik fikir thesis, assignment test semua.. setiap masa aku fikir thesis kot, sebab berkali kali kena reject kan so asyik la kena fikir method baru nak buat.. kadang2 aku lupa dah gosok gigi tak time mandi, lupa pakai yang 'kecik' tu.. hahahahhahaha

tapi ALHAMDULILLAH aku dengan member2 semua berjaya weh!! result fyp aku pun alhamdulillah jugak aku puas hati, kena la dengan paperwork yang selalu kena reject tu kan. aku dengan farahin kalau stress kitaorang selalu pergi makan coklat kat ioi mall. lepas habis buat 1 paperwork je kitaorang melencong pergi makan.. macam self reward la kot.. kenangan betul masa ni, tapi sakit buat thesis tu masih terasa weh.. benda tu la buat aku fikir betul2 nak sambung degree ni. 
dulu kemain member2 aku tak nak sambung belajar lagi sekarang diaorang beria ajak aku sambung ada yang nak sampai master tu.. burrrr


Contoh survey questionaire yang kena reject tah berapa kali. banyak lagi soalan nya dalam 15 soalan kot.. form ni kena bagi kat orang kira macam buat survey kat public.. 100 orang kot aku buat kalau tak silap la, faktor umur kan so aku lupa..bila tengok balik form ni lahai, rasa nak ketuk kepala sendiri..senang je kot.. dulu rasa nak give up buat form ni weh


lepastu aku pergi praktikal pulak, aku belajar cara kerja yang sebenar.. macam yang aku cerita sebelum2 ni, aku konfius nak pilih tempat praktikal kan tapi yeahhhh, kenangan praktikal aku sangat2 la best.. aku suka kerja aku, kalau sebelum ni aku tak tahu kerja sebagai penolong pegawai kesihatan persekitaran tu macam mana even masa aku belajar dulu pun aku selalu fikir... benda siot kos aku belajar ni! tapi bila aku dah start kerja, ok aku suka kerja aku.. banyak kerja dekat site, jumpa ramai orang kena berurusan dengan komuniti, bagi aku mencabar la. tu belum lagi macam member aku praktikal dekat construction site, semua melibatkan nyawa orang project juta2 tu tak boleh silap sikit.. so tabik la membe aku ni berani cabar diri dia, aku pun belum berani weh nak jadi environmental officer kat tapak binaan. 

 tahun 2016 jugak la tahun tersilap sayang orang, kahkahkahkah! tu la cepat sangat sayang kat orang cepat sangat jatuh cinta padan la muka aku, rasakan panahan kekecewaan itu! species aku ni aku susah nak give up dengan orang yang aku sayang, aku tak boleh nak jadi heartless entah lah aku rasa macam bodohnya bagi rasa tu pada orang yang datang semata nak singgah.. apa dia ingat hati aku hotel bajet? sesuka hati nak check-in nak check-out? 

uishhh aku tak suka nak tunjuk part kecewa dalam life aku ni, tapi kadang2 proses nak sembuhkan hati tu kita kena luahkan apa yang kita rasa, kita manusia biasa weh.. rasa sedih kecewa tu normal kot. aku banyak sorokkan apa yang aku rasa, sebab tu aku susah nak sembuh.. ala relax la, thesis aku berapa kali kena reject kot, lagi sakit rasanya..setakat dia reject aku?? macam quote zaman moden ni cakap, "mungkin yang pergi tu bodoh, tapi yang datang tu mungkin jodoh". 

ok lupakan pasal tadi, tahun 2016 ni je aku dah pergi vacay 3 tempat kot.. awal bulan 6 sebelum puasa tu aku pergi Pulau Pangkor, lepastu awal bulan 8 aku pergi Penang dan latest ni aku pergi Sabah dengan member2 aku. Bila recap balik memang membazir boros aku ni.. orang lain pergi vacay setahun sekali ni kemain si markonah and the geng, setahun 3 kali vacations. ada orang sound aku, membazir je asyik pergi travel.. so aku setuju la, tahun ni je 3 kali aku g travel, lepas ni maybe 1 kali setahun je aku pergi travel. travel tetap kena pergi mana leh tak pergi.. dah berjanji lagi next trip nak ke Thailand pulak. 

travel ni memang orang lain pandang macam membazir, buang duit tapi korang cuba la pergi travel sekali je..lepas tu mesti hati rasa nak lagi nak lagi.. tak percaya pergilah tanya orang yang kaki travel tegar tu, diaorang pon akan kata benda yang sama.. pengalaman yang best gila la.. tak tahu nak cakap dengan kata2.. macam aku pergi sabah haritu.. aku spechless tengok pemandangan dia.. cantik weh especially area Ranau.. gunung semata.. rasa tak nak balik semenanjung sebab bukan je hati dah terpikat dekat pemandangan sabah tapi terpikat dekat orang sabah jugak ni..hahahah.. aip2, jangan mudah suka orang! kalau aku rajin aku update la eh vacay aku ke sabah tu, aku cerita sekali itinerary nya ok.

haa tula kisah tahun 2016, tak ada la tragis macam aku cakap pon.. hidup mana yang tak ada ujian dan dugaan kan.. mak aku banyak support aku la, dia memang bagi aku strong women.. hopefully tahun 2017 ni tahun aku dapat bahagiakan diri aku, tak ada lagi orang yang datang dalam hati semata nak singgah menyembang minum kopi pastu blah..harap jugak tahun 2017 ni tahun aku berjaya. sama jugak dengan korang semua.. harapnya tahun 2017 tahun yang bawa kebahagian untuk korang.. Selamat Tahun Baru, saja wish awal.



lovee!







Thursday, 1 December 2016

SELF REWARD

hai..

disaat ini di ketika ini aku happy gila punya gila punya gila kuasa infinity.. esok last day praktikal.. so balik dari office tadi macam nak bagi sesuatu kat diri sendiri.. yelah kita. kita da berjaya survive kena la appreciate sikit usaha diri sendiri selama ni..

zaman belajar pun sama.. lepas je habis stress exam ke ataupun buat thesis, kitaorang biasanya keluar bagi self reward kat diri sendiri.. pergi la mana2 jalan2..tengok wayang ke tapi biasanya pergi makan la.. pastu sembang2 gelak then balik sambung stress buat thesis semula..hahahahaha..

masa otw balik aku fikir, apa nak hadiahkan untuk diri sendiri yer.. tetiba teringat.. masa birthday hari tu nak fresh flower tapi tak dapat.. haaaaa, yeahhhh jom kita beli bunga segarr.. yehhhhh happy2 :)

singgah la shopping mall, sebelah tu kedai bunga je.. sebelum beli bunga tu aku jalan2 la dulu dalam tu.. window shopping sikit.. pastu ada nampak tempat boleh amik gambar.. biasalah kalau musim perayaan ke apa.. dalam mall kan ada pasang2 benda tah.. susah aku nak explain lah..



nak selpie tapi tangan parkinson, dah jadi gini






 mula2 tu aku nak selpie je.. tapi tengok la..hahahha menggigil macam apa.. lepas tu ada la perempuan cina ni nak ambil gambar anak2 dia.. belum sempat dia nak keluarka henfon aku dengan muka tak malu dah suruh amik kan gambar aku..

"madam, boleh tolong ambilkan gambar saya?" buat muka kesian sikit


yehhhhhh.. puas hati aku tengok gambar ni.. walaupun muka aku tak nampak sangat.. tapi ok lah dari aku selpie sendiri.. nilah yang aku cakap tu diaorang pasang2 sempena Christmas.. ramai amik tengah tunggu turn nak ambil gambar sebenarnya ni..
  
lepas ambil gambar, aku pun pergi la kedai bunga.. ehhh dah nak tutup.. aku cepat2 tahan tauke kedai tu..

"tauke2 kejap, saya nak beli bunga"

"suda mau tutup la amoi.."

"ala sekejap je tauke"

hahahah.. sesi pujuk memujuk berjaya ok.. dia bukak la jugak.. kemain eksited aku.. serius kedai tauke ni ada macam2 bunga.. cantik dan masih segar lagi.. dalam banyak2 bunga tu aku pilih bunga kekwa warna soft pink.. berkali kali tauke tanya..tak mahu bunga ros ke.. aku x minat sangat bunga ros, prefer bunga kekwa..

lepastu tauke tu tanya aku, mau beli untuk siapa.. aku jawab la beli untuk diri sendiri.. terkebil kebil dia tengok aku..hahahaha.. siap cakap.. "awak punya boyfriend banyak senang, bagi bunga kekwa je sudah happy" tauke tu suruh aku tanam sendiri je bunga tu, masalahnya aku bukan rajin sangat pun nak bercucuk tanam ni.



cantiknyaaaaa.. aku melting tengok bunga ni.. :) cantik tak?? aku pilh sendiri ea.. soft je kan warna nya..rasa macam freshhh sangat.. pleaseee laa,,, aku happy sangat ni.. :)))))))))))))





melting hati aiii :) masa ni kat Sushi King.. tempat feveret aku jugak ni.. walaupun rasa malu bawak bunga ni, tapi kisah pulak kan.. janji aku happy :) 








balik rumah tu aku eksaited ler nak tunjuk kat mak bapak aku.. sampai rumah terus cari bapak.. nampak bapak aku tengah duduk kat sofa ruang tamu... tapi tak tegur aku pun.. selalu nya kalau aku balik lambat dia akan tanya.. tapi ok la kan, dia tak tanya..hahhaha.. aku punya eksited nak tunjuk bunga cantik tu..

"ayahhhhh, cantik tak?? cantik tak??" sambil pusing2 fefeling macam princess depan ayah aku..

"ayahhhh, tak cantik ke?" aku sedih sebab tak ada respon..

yela, orang tengah eksited kot.. sekali tak ada respon.. hampa lah kan.. sekali bapak aku tidur daaaaaa.. cis, tidur sambil duduk rupanya.. penat je aku pusing2 macam princess depan dia.. ok takpe, cari mak pulak. mak aku tengah cuci pinggan kat dapur masa tu.. aku pun eksited la tunjuk.. mak...... cantik tak?

"cantik.. siapa bagi?"

"nana beli untuk diri sendiri".. sambil cium2 bunga.

"GILA" 

mak aku bagi respond tu je.. GILA?? lepas tu dia sambung basuh pinggan balik.. 


takpe2, asalkan aku happy hari ni.. nahhhh selpie dari aku..jangan korang muntah sudah..












tengah curi2 pandang awak, ahaksss






acah2 nak bau bunga la ni konon.. banyak berangan la ini budak





tauke tu siap bagi batang bunga ni kat aku.. suruh aku tanam.. mohon ada kerajinan nak menanam benda ni nanti

sayang nak bukak sampul dia tu..so rendam sekali dengan sampul2 dia.. hahahha.. aku curi jug air mak.. habislah mengamuk dia tak jumpa cari jug air nak buat kopi..








ok korang.. jangan lupa nak hargai diri sendiri.. kita nak penat2 kena la hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri.. tak payah benda yang mahal2 pon.. bunga ni siap bungkus baru rm25 ringgit je.. tak sampai rm50 pun.. tapi hasilnya aku gembira sampai seminggu kot..hahahahha :)



lovee!!!




Monday, 28 November 2016

AWAK2 SEMUA

hai..

Tajuk tak best kan? sebab tengah lapar dan asyik fikirkan makanan jadinya aku malas fikir nak letak tajuk apa.. mula2 aku buat blog ni cadangnya aku nak share something yang bermanfaat pada orang tapi makin lama aku rasa makin melalut da cerita2 aku.. macam diari pulak..

tinggal 4hari lagi habis praktikal.. semalam baru lepas done lecturer visit and alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. walaupun aku rasa aku cakap english tu macam entah apa2..macam bangla cakap.. tapi ok la kot, sir bagi respon.. atau sir pura2 je faham tu..hahaha

kalau ada presentation aku tak suka sangat membaca text, aku lebih suka secara spontan..apa yang aku rasa nak cakap aku cakap jela...sama jugak macam menulis blog..semuanya spontan..aku tak dak draf apa2 pun..tu yang semua entri merepek je.

tapi

tapi

tapi

ada 1 masalah, kalau tengah present tak ada text apa2 lepastu aku jadi macam overexcited nak terangkan..yela kan,spontan kan..idea tengah mencurah-curah tu..kena cakap cepat2 karang lupa ni..haaaa mulah aku cakap benda merepek repek. macam bangla la aku cakap.. terbalik balik ayat.. banyak kali eh benda ni jadi..hukss.. nak tak nak aku kena jugak siapkan text as guideline..

setiap hari aku pergi kerja aku akan stress dengan satu kereta ni.. kereta mercedes aku siap hafal no plat lagi eh.. tau la memasing lambat pergi kerja tapi sumpah dia bawak kereta macam orang gila.. jenis nak potong tu cucuk dekat betul2 dengan kereta aku.. bapak saiko siot..dalam seminggu tu mestilah tersaing 2 3 kali pergi kerja dengan dia.. perhhh masa tu memang aku stress berkerut kerut dahi..





macam ni la rupa jalan dari lepas AMJ highway tu nak ke tempat kerja aku.. dari lipat kajang nak sampai jasin..kena lalu jalan berliku liku macam ni..kiri kanan kelapa sawit eh.. ko rasa nak potong kereta lain macam mana? cukup la kalau ada lori slow depan ko.. mereput la ko ikut belakang dia.. Cik abg mercedes pun satu. bawak elok2 tak boleh ke. hello, cik abg, sakit pulak hati kita.

lepas done lecturer visit ni rasa malas gila nak pergi kerja.. mood kerja dah bertukar..

yeahhh bertukar!!

sekarang mood nak rehat je. aku tak sempat rehat lagi dari habis belajar dlu.. habis kuliah bulan 6 aku kerja kat pasar ramadhan..cuti raya sekejap then sambung praktikal sampai awal bulan 12.. lepas ni dah fikir nak cari kerja sementara dlu sebelum dapat kerja tetap.. aku bukan boleh tak ada duit, boleh meroyan kot. walaupun malas sebenarnya tapi kena rajinkan diri sebab i love money. aku ada potensi jadi perempuan mata duitan ea.. hati2 lelaki diluar sana..

aku tak rasa entri ni berfaedah, tapi suka hatilah.. nak cerita jugak dekat korang.. ok semua, have a good day.. ceria ceria selalu..gitewwwwwwwww.. ok, bye



lovee!!!



 .